GABUNGAN BLOGGERS TAWAN MALAYSIA

Thursday, February 4, 2010

Zambry CEMAS

Zambry vs Nizar Zambry vs Nizar TawanMalaysia.com

Cemas dan gelabah. Itulah ungkapan yang paling sesuai diungkapkan kepada Menteri Besar lantikan Umno-Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir untuk menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya berhubung siapa Menteri Besar Perak yang sah pada 9 Februari ini. Walaupun dengan berlagak nya Zambry percaya kononya Umno-BN akan menang 34kerusi, tetapi beliau enggan untuk membubarkan DUN. Pembubaran DUN akan berlaku jika Datuk Seri Nizar menang kes itu. Dan jika pembubaran ini berlaku, ianya pasti menjadi mimpi buruk kepada Zambry.
Zambry sebelum ini telah banyak meniru gaya serta cara pemerintahan Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar untuk memenangi hati rakyat atau perkataan lain, memancing undi. Antaranya memperkenalkan 'Piala Zambry' semata mata bagi menyaingi Piala Nizar sebelum ini. Zambry juga memberi bantuan kepada anak Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti dimana kaedah ini telah di praktikkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Selain itu, Zambry juga cuba untuk memberiikan 'gula-gula' kepada rakyat Perak dengan membuat pengemuman pengaliran masuk pelaburan asing bernilai RM 11.6 billion dimana tiada hitam putih perjanjian ditandatangani dan mungkin ini merupakan 'cakap kosong' sahaja.

No comments:

Post a Comment

 
Copyright Tumbang BN 2010.
Converted To Blogger Template by Anshul .